Latest Post
Showing posts with label MAHKAMAH. Show all posts
Showing posts with label MAHKAMAH. Show all posts

Datuk charged with abetting Genneva in deposit taking

Written By Unknown on Tuesday, 12 November 2013 | 18:00

KUALA LUMPUR: A consultant to gold investment company Genneva Malaysia Sdn Bhd was charged at the Sessions Court yesterday with two counts of abetting the company in illegal deposit taking involving RM5.5 billion.

Datuk Joseph Kow Hock Beng, 55, pleaded not guilty to abetting the company in accepting deposits in two bank accounts from the public without a licence through a gold transaction scheme.
He allegedly committed the offence at the company's office in Jalan Kuchai Maju 6, off Jalan Kuchai Lama here between Jan 10, 2011, and Oct 1 last year.
Bank Negara deputy public prosecutor Fahmi Abd Moin urged the court to deny bail as it was a non-bailable offence.
"However, if the court wants to use its discretion to grant bail, we propose that the bail be set at RM1 million."
Lawyer Datuk Ghazi Ishak told the court that his client's assets had been frozen and proposed that bail be set at RM50,000. "My client also suffers from heart problems."
Judge Mat Ghani Abdullah allowed bail of RM200,000 in one surety and ordered Kow to surrender his passport to the court.
He set Nov 27 for case management.

New Straits Times 

PEMILIK TASKA DIDAKWA ANIAYA KANAK-KANAK LELAKI

Bernama MediaUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Pemilik Taska Permata Harapan hari ini
mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap
pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki, bulan lepas.
Rozita Awang, 35, didakwa menganiaya mangsa berumur setahun lapan bulan yang
berada di bawah jagaannya dengan cara yang mungkin akan menyebabkan kanak-kanak
itu mengalami kecederaan fizikal atau emosi.
Ibu kepada enam cahaya mata itu didakwa melakukan kesalahan itu di ruang
tamu taska di Taman Melati, Sentul di sini pada 11.35 pagi, 18 Okt lepas
mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara
sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya.
Suami wanita itu yang bekerja sebagai pemandu teksi hadir di mahkamah sambil
memangku anak bongsunya berumur setahun setengah di tempat duduk awam bersama
lima lagi anaknya yang berusia tiga hingga 10 tahun.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Ahmad tidak menawarkan sebarang
jaminan terhadap tertuduh atas alasan kesalahan itu tidak boleh dijamin tetapi
terpulang kepada budi bicara mahkamah sama ada untuk memberikannya atau tidak.
-- LAGI
MAHKAMAH-TASKA 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Peguam Muhammad Syazwan Mohd Salleh yang mewakili tertuduh memohon anak
guamnya dibenarkan diikat jamin kerana mempunyai enam anak yang masih kecil dan
berasal daripada keluarga sederhana.
Muhammad Syazwan berkata anak guamnya memberikan kerjasama yang baik kepada
polis sepanjang tempoh reman enam hari dan suami tertuduh yang merupakan
penjaminnya berjanji akan membawa isterinya hadir di mahkamah pada perbicaraan
kes itu.
Rozita kelihatan menangis di dalam kandang tertuduh semasa peguamnya
berhujah mengenai jaminan.
Majistret Siti Shakirah Mohtaruddin membenarkan tertuduh diikat jamin
RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Dis untuk sebutan.
"Selepas mendengar rayuan peguam dan memandangkan tertuduh mempunyai anak
yang masih kecil dan menyusu badan, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin,"
katanya.
Suami tertuduh membayar jaminan itu.
-- BERNAMA
BHA RV KLS NH
11/12/2013 17-33ST

Butiran palsu: Empat pegawai YPM dipenjara 3 tahun, denda RM10,000

Bekas eksekutif akaun pecah amanah dipenjara RM42 tahun, denda RM620,000Empat pegawai Yayasan Pelajaran Mara (YPM) masing-masing dipenjara tiga tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas pertuduhan mengemukakan butiran palsu berhubung pembayaran tiket kapal terbang, tiga tahun lepas.
Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membuat keputusan itu terhadap Noraidah Johar, 43; Muhammad Suhaimi Ismail, 44; Zolkefli Mohd Ali, 48, dan Nurmawati Redzwan, 46, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan di akhir kes pembelaan.
Noraidah ialah Pengurus Unit Penyelaras YPM-Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi (DPPT), Muhammad Suhaimi merupakan Penolong Pengurus Kewangan, Unit Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi III, Zolkefli ialah Penolong Pengurus Pentadbiran dan Perjawatan manakala Nurmawati pula Penolong Pengurus Hal Ehwal Pelajar dan Akademik.
Ahmad Zamzani turut memerintahkan kesemua tertuduh menjalani hukuman itu bermula hari ini, dan jika gagal membayar denda, boleh dikenakan penjara enam bulan.
Mahkamah juga membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sehingga rayuan kes mereka di Mahkamah Tinggi selesai, selain menaikkan jumlah jaminan daripada RM8,000 kepada RM10,000.
Dalam penghakimannya Ahmad Zamzani berkata pembelaan kesemua tertuduh adalah bersifat penafian, tidak berasas dan tidak munasabah.
"Terdapat bukti kukuh untuk mensabitkan kesemua tertuduh dengan pertuduhan," katanya.
Terdahulu, peguam Azrul Z. Stork yang mewakili kesemua tertuduh memohon hukuman ke atas mereka diringankan dengan diberikan bon berkelakuan baik kerana ia merupakan kesalahan pertama mereka.
"Kesemua tertuduh mempunyai tanggungan anak-anak dan ibu bapa dan tertuduh benar-benar insaf dan berjanji tidak mengulanginya lagi," katanya.
Kesemua tertuduh didakwa menggunakan dua dokumen yang mengandungi butiran palsu iaitu Ringkasan Borang Tuntutan Perbelanjaan/Penyelesaian Pendahuluan Lawatan Rasmi Bulan April 2010 dan Resit Rasmi Sri Kedawang Travel & Tours (W) Sdn Bhd tanpa tarikh berjumlah RM12,125.
Mereka didakwa mengesahkan dan mengaku membayar RM12,125 bagi tiket kapal terbang kelas perniagaan pergi-balik ke Jepun yang mana jumlah sebenar ialah RM3,500 bagi kelas ekonomi.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Bahagian Kewangan, Unit Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi, Yayasan Pelajaran Mara, antara 18 Mei 2010 dan 3 Jun 2010, mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (2) akta sama.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Firdaus Abu Hanipah. - Bernama, 12 November, 2013.The Malaysian Insider

Bakal pengantin hadapi empat tuduhan rompak dan cabul

Bekas eksekutif akaun pecah amanah dipenjara RM42 tahun, denda RM620,000Seorang lelaki yang bakal melangsungkan perkahwinan akhir bulan ini, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap empat pertuduhan termasuk merompak dan mencabul di dua pusat beli-belah di sini Oktober lepas.
Bagi pertuduhan pertama penjual kereta Mohd Firdaus Safie, 29, didakwa merompak dua keping kad kredit, sekeping lesen memandu dan wang tunai RM150 milik ejen insurans Teh Yee Yin, 30, di tempat letak kereta Suria Kuala Lumpur City Centre di Jalan Ampang pada 2.15 petang, 30 Oktober lepas.
Dia dituduh mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa cuba merompak menggunakan sebilah kerambit sehingga mencederakan seorang akauntan wanita berusia 28 tahun manakala bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa mencabul mangsa di tempat letak kenderaan di pusat beli-belah Pavilion di sini pada 8.15 malam, pada tarikh sama.
Bagi pertuduhan merompak dia didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat, manakala pertuduhan mencabul, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.
Pertuduhan keempat, dia didakwa menggunakan kerambit mengikut Seksyen 4 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1985 yang boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nor Aizam Aiza Zamran yang tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan tertuduh serius.
Bagaimanapun, Hakim Azwarnida Affandi membenarkan Mohd Firdaus diikat jamin RM13,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin selepas peguam Mohd Faizal Abdul Rahman mengemukakan permohonan.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis berdekatan pada minggu pertama setiap bulan sehingga kes selesai.
Kes itu disebut semula pada 6 Disember ini. - Bernama, 12 November, 2013.The Malaysian Insider
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. String of Analysis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger